Bersamamu Ros

EVERY NOW AND then, someone comes into our lives and leaves an impression; Ros is one such person whom I first met in Hong Kong in 2009.

Catatan hari ini khas untuk Ros. Walau apapun cakap Ros, hakikatnya, Ros tetap seorang pengawai, saya sekadar suri rumah. Sepanjang saya mengenali Ros, sebagai seorang pegawai, Ros amat rajin, cekap dan ceria menjalankan tugas. Sebagai seorang individu, Ros seorang rakan yang baik hati, ikhlas, amat rendah diri dan sentiasa ceria dengan senyuman. 🙂 🙂 🙂

Berikut saat-saat kenangan kita bersama di Hong Kong.

(Kiri) Pertemuan awal kita di mesyuarat agong persatuan (25 April 2009); (Kanan) Mesyuarat seterusnya, Ros dilantik menjadi Bendahari (31 Julai 2009).

ros_2

(Kiri) Mesyaurat agong tahun seterusnya, Ros kekal sebagai Bendahari (12 Mac 2010); (Kanan) Rakan-rakan meraikan harijadi Ros yang jatuh pada bulan Mac.

Pertemuan kita pada 2 April 2010… selepas mesyuarat, sempat berjoget!

ros_4

Perjumpaan kita pada 9 Julai 2010.

ros_5

Perjumpaan di pejabat pada hari Sabtu 8 Ogos 2009… bukan untuk bekerja tapi untuk menikmati bersama-sama “raja dan ratu buah-buahan” – durian dan manggis; terima kasih En. Fadzli dan En. Shidi yang bekerja keras membuka buah durian!

ros_6

Terima kasih Ros kerana menjemput kami beraya di rumah Ros (21 Sept 2009); beraya lagi bersama-sama di pejabat (26 Sept 2009).

ros_7

Terima kasih Ros sekeluarga kerana sudi meluangkan masa bersama-sama meraihkan Tahun Baru Cina di rumah kami (20 Februari 2010).

ros_8

Bersama-sama kita melawat adik Maira pada 13 Ogos 2010; dan menghadiri majis berbuka puasa pada 28 Ogos 2010.

ros_9

Turut menyambut Hari Kemerdekaan pada 2009 dan 2010, di Island Shangri-La, Hong Kong.

ros_10

Ros rajin menyumbang tenaga dalam apa jua aktiviti, termasuk masa kita beramai-ramai menyediakan karipap (15 Mei 2010); bersama-sama kita “menjaja” karipap dan nasi lemak di One Malaysia Fair, East Point City, Tseung Kwan O, HK (22 Mei 2010).

ros_11

(Kiri) Perjumpaan terakhir kita di HK pada 7 Oktober 2010; (Kanan) Pada hari kami bertolak dari HK pada 8 Oktober 2010, Ros tak dapat menghantar kami kerana komitment kerja, tapi telah menghantar “wakil”, membuatkan saya amat terharu dan berterima kasih atas perasaan bertimbang rasa dan keikhlasan Ros.

ros_12

Akhirnya, bertemu kembali di Putrajaya pada 30 Julai 2012!

          Sehingga kita bertemu lagi…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s